Saturday 26 April 2014

The good impact of the program

Assalamualaikum...

Hari tu aku ada program wajib universiti yang perlu dihadiri. Masa mula-mula tu aku tak de geng sebab group pada hari tu bukan intake aku. Batch aku semua dah buat sem lepas, aku je yang tak buat sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Huhu. So, terkacip lah aku seorang yang memang tak peramah langsung ni. Bukan sombong tau tapi cik kiah hanyalah manusia biasa yang tak ramah. Hihi. Tapi Alhamdulillah ada sorang ni die pun tak pergi jugk program ni sem lepas sebab hal dia agak sama dengan aku. Then, aku pun berbaik-baik dengan dia and I can talk well with her eventhough first time jumpa sebab die ni friendly. Tapi, group tu dibahagikan kepada group kecik pulak. Aku tak sama dengan dia group kecik nih. Sedih betol, kena cari geng lain pulak. =.='

Program ni sampai petang tau. Penat aku dengan dinner course semalam tak habis lagi tapi dah terpaksa bangun pepagi dan hadiri program tu. Penatnya Allah saja yang tahu walaupun bukan buat aktiviti berat pun. Dua hari ni aku rasa tak jumpa lagi kawan-kawan sebab aku penat. Tak dak mood nak cakap. Malam tidur awal je. Kang kalau aku gi borak dalam keadaan penat nanti terkeluar pulak ayat yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Ye lah, kita penat tapi kalau kawan tersalah cakap, kita lepaskan kat kawan tu walaupun kawan tu bukan sengaja. Sebab tu aku ambik pendekatan berdiam diri sekejap. Sebab kita kena ingat kawan ni bukan adik-beradik kita yang boleh terima kita ape adenya. Macam siblings mesti gaduh selalu tapi cepat je baik. Marah lah tahap macam mana pun lepas tu okay balik. Sebab we are related by blood and perangai sorang-sorang dah hafal dari kecik lagi banding dengan kawan yang baru jumpa nih. So, dear friends, aku mintak maaf bukan nak isolatedkan diri tapi bagi ruang untuk aku nak bernafas jap. Haha.

Eh, melalut banyaklah pulak, Berbalik pada topik asal, pagi tu ada ceramah. Aku suka dengar ceramah motivasi ni bagi up sikit motivasi diri ni. Encik A tu ada sebut pasal two morning questions. The questions are...

1)      What am I grateful for?
2)      What am I excited to do today?

So, pagi bangun tidur tu ayuh tanya soalan ni kat diri kita supaya kita sentiasa bersyukur dan dah plan apa yang kita nak buat hari tu. InshaAllah. J. Encik A pun ada jugak sebut pasal tanggungjawab kita. Yang pertama, pada diri kita sendiri. Ha, definisi MAHASISWA yang kita pegang tu ialah pemegang amanah. Pemegang amanah siapa? Keluarga, rakan-rakan, cikgu-cikgu and etc. Amanah ni janganlah kita khianati sebab khianat amanah adalah ciri-ciri orang munafik. Nah hadis ni aku petik dari http://suaraharamain313.blogspot.com/.

Dari Abdullah bin Amru R.A., katanya Rasulullah S.A.W. bersabda:

أربع من كن فيه كان منافقا خالصا ومن كانت فيه خلة منهن كانت فيه خلة من نفاق حتى يدعها إذا حدث كذب وإذا عاهد غدر وإذا وعد أخلف وإذا خاصم فجر
"Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas" - Hadis Sahih Riwayat Muslim

Dalam Hadis lain pula, Nabi S.A.W. bersabda;

آية المنافق ثلاث ، إذا حدث كذب ، وإذا وعد أخلف ، وإذا اؤتمن خان
"Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya" - Hadis Sahih Riwayat Muslim

Ada dua quotes hari tu yang aku suka dan aku rasa aku nak share dekat blog ni. Yelah, benda baik kalau aku simpan sorang-sorang tak best jugak, baik aku share kat blog ni ha.

1)      You don’t have to be the best, but you have to be better. Everyday, you’ll keep improving yourself.

2)      A man saw a bird flying up in the sky
Suddenly the bird poop into his eyes
Neither he gets angry nor he cries
But he thanks Allah cow can’t fly.

So, lekatkanlah quotes ni dalam minda kita. Biar sebati gitu, Sebab manusia ni memang perlu banyak peringatan dari orang yang boleh bagi nasihat dan ceramah ni (terutama manusia macam aku nih), Ustazah aku pernah cakap dulu, hati ni akan jadi keras kalau kita tak dengar sebarang ceramah atau motivasi ke apa ke yang seumpama dengannyalah dalam masa sebulan ke berapa entah tak ingat dah. So, nak elakkan hati keras tu, dengar-dengarlah ceramah okay! J

            Petang tu ada aktiviti yang aku tak berapa minat. Haha. Tapi fun jugaklah buat sama-sama dengan kawan-kawan (can we consider friends if we met them for the first time?). Then, last sekali ada surat wasiat. Apa yang korang nak tulis sebagai wasiat korang sekiranya balik je dari program tu korang meninggal. Tulislah kat mak bapak ke, kawan ke dan etc. Mostly tulis kat mak bapak lah kan. Aku tak tahu kenapa start nak tulis tu, aku dah menangis dah. Kalau (kalau lah) korang baca entry aku yang lepas, aku cakap aku payah nak nangis ni terutama depan orang ramai. Mujur gak first time kenal. :’( Tapi sambil-sambil tulis tu aku nangis teresak-esak. Malu pun ada sebab entah aku tak pernah nangis kot sebelum ni sebab benda-benda macam ni. Seminggu ni macam banyak nangis pun ada. Tapi aku rasa aku bersyukur jugak aku nangis hari tu, sebab at least aku tahu hati aku tak keras sangat macam dulu. Seriously, dulu aku tak akan nangis bila tengok video sedih-sedih yang mostly kalau ikut program akan ditayangkanlah video sedih ni nak bagi kita insaf. Hanya akan terkebil-kebil tengok orang menangis. Kerasnya hati aku dulu kan?


            Salah satu sebab kenapa aku nangis adalah aku rasa aku tak jadi anak yang solehah lagi untuk mak bapak aku. Yelah, kalau mak suruh aku buat kerja rumah pun malas, solehahkah itu? Huhu. Teringat kata-kata kawan aku hari tu, die cakap dia tengah berusaha nak jadi anak solehah, bukan hanya jadi anak yang baik sebab anak yang baik belum tentu solehah katanya. Tersentuh aku dengar kata-kata dia. Huhu. So, aku pun InshaAllah kalau Allah izinkan aku istiqamah, aku pun nak berusaha jadi anak yang solehah walaupun sikap memberontak dah sebati dalam diri ni. 
         
Anyway, it’s never too late to start anything right, aite?

Thursday 17 April 2014

HASAD

Assalamualaikum and good evening. As stated above, today topic is hasad. Hasad is an Islamic phrase for jealousy and envy. The reason why I want to write about this is simply because I do feel envy for certain persons but I don’t want this bad feeling to be lingered around me hence, destroying me.  There are actually quite a lot of them whom I envy. Some of them are my schoolmates which I rarely see today because everyone has further study at different university. I did write before that I don’t have a good relationship with my friends back then at school. That was because I don’t seem to fit with them to mingle around as they have a very different personality and background than me. I am quite a shy person and don’t know how to communicate well with person eventhough they’re my classmates. I envy them for their good life, good grades, happy family and happy relationship. But, Alhamdulillah, as I grow up I think my skill in communication has improved a lot and I can communicate (InshaAllah) well with my friends in university level. I think it might  because we don’t know each other and start to know each other because we have to. At university, I have to communicate well with other people in order to do assignment, presentation and also for what it called as a security feeling to have friends around you.

                And I come across a video entitled The Evil Twins : Jealousy & Envy  You may check it out by clicking at the title. This awesome video is made by The Daily Remainder and you can follow them on youtube or facebook or other social network they have. When I watching this video, it gave me a great impact on how to think positively and make du'a for those you feel envy because it release the negative feeling that you have towards them. Alhamdulillah, my heart is more at ease when I followed the step. InshaAllah, in future, I want to become a good friend whom can pray for the best for my friends and also other people around me. Please pray for me to be a sincere friend too... :D

Monday 24 March 2014

Seize the opportunity.

Assalamualaikum...

                Hari ini rasa nak selitkan pasal MH370 pulak. Bukan nak cerita pasal kronologi ke apa ke tapi lebih kepada kesan peristiwa tersebut kepada diri saya sendiri. Sebak rasanya bila baca mengenai PM Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pesawat MH370 hilang di lautan Hindi. Tapi, sedih macam mana pun kita, tak sesedih keluarga dan rakan-rakan yang mengenali penumpang-penumpang MH370. Bak kata pepatah “Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”. Lagi sedih bila ada yang boleh bergurau pasal perkara ni. Cuba bayangkan jadi family penumpang tersebut. Kita tak alami kita takkan rasa peritnya kehilangan tu. Hari ni mungkin hari diorang rasa kehilangan tu, mana tahu suatu hari nanti turn kita pulak.

                Dengan pengesahan mengenai kehilangan pesawat MH370 tersebut, saya (dah kenapa saya ni?) secara automatic teringat pasal mati. Sebelum ni, bila baca paper pasal kes kematian, hati taklah teringat sangat pasal mati. Tak ambil pengajaran. Sesungguhnya memang lah setiap yang hidup tu pasti kembali pada Allah s.w.t tapi saya ni sekejap je insaf pastu buat lagi perkara yang tak sepatutnya dibuat. Moga-moga kali ini kekal perasaan insaf tu dalam diri. Saya mula terfikir yang Allah dah banyak bagi peluang kepada setiap orang sebenarnya tapi dalam kes ni kepada diri saya untuk berubah ke arah yang lebih baik tapi tetap degil jugak. Hidayah tu Allah dah bagi tapi hati keras tetap tak nak berubah. Mungkin ego tinggi sangat. Astaghfirullah.

                Saya rasa mungkin ramai yang ada pegalaman dari sekolah rendah setiap kali kem motivasi semasa sekolah rendah, mesti ada tayangan video ibu bersalin tu.Ramai kawan mata merah, teresak-esak menangis dan saya hanyalah memandang tanpa menitiskan air mata.  Kerasnya hati tak tersentuh pun tengok video tu. Saya cuba nak nangis sebab malu saya je yang tak nangis tapi ia hanyalah satu kepura-puraaan. Video pasal mak ayah pun kerap ditayangkan sewaktu sekolah menengah, matrik dan even di universiti. Lelaki pun ada yang menangis teresak-esak tapi saya macam kebal sangat hati ni tak nangis pun dan terkebil-kebil seorang diri. Tapi, segalanya berubah sejak dua menjak ni. Alhamdulillah, rasa hati ni tak keras sangat bila dah rasa sebak dan hampir titiskan air mata bila baca pasal MH370. Mula flashback  balik kata-kata dari cikgu-cikgu yang mati itu pasti dan ianya bila-bila masa. Takut tak sempat bertaubat dengan dosa-dosa terpikul di bahu walaupun masih muda.


                Tapi alhamdulilah, hati ni dah jadi lembut sikit dan harap-harapnya istiqamah dalam perjalanan untuk berubah ke arah yang lebih baik. Teringat kata-kata pensyarah, lebih kurang macam ni bunyinya “Kalau hari ni kita try untuk khusyuk se rakaat dalam solat, next day or next week or next month or next year, kita try our best untuk khusyuk rakaat yang kedua pulak.”  Dia ada step by step perjalanan hidup kita ni. Dan saya ambik kata-kata tu sebagai contoh untuk berubah. Sebab tu lah tajuk post ni seize the opportunity. Maksudnya ambik peluang Allah bagi kita bernafas atas muka bumi ni untuk improve ourselves dan jadi orang yang boleh memberi manfaat kepada orang lain, Insha Allah. 

                   Lastly,

Sunday 23 March 2014

Kawan

Assalamualaikum...

   Ini kali kedua aku terasa nak publish post.. Tetiba pulak nak tulis pasal kawan. Dulu masa kecik-kecik ramai je kawan sepermainan tak kira lah lelaki ke perempuan ke main masak-masak, panjat pokok bagai tu.Tapi bila dah besar ni segan pulak nak tegur. Masing-masing senyum je dari jauh. Bila dah masuk sekolah rendah dan menengah, skop kawan lebih meluas. Tapi aku jenis pemalu sikit dan susah nak open up dengan orang ni. Even dengan sepupu-sepapak payah nak berkomunikasi, nak bergurau senda macam orang lain. Seingat aku, masa sekolah rendah dulu aku ada sorang je bestfriend yang aku boleh cerita macam-macam dan hari-hari aku diceriakan dengan kehadiran dia. Tapi bila dah naik sekolah menengah, dia dah pindah sekolah lain dan jurang antara kami makin besar. Kat sekolah menengah pun, aku rasa aku tak ramai kawan jugak sebab jenis aku payah nak masuk ngan orang ni. Aku bukan jenis peramah yang boleh say hi dengan orang and then chit chat macam-macam. Kalau orang yang aku tak rapat akan cakap aku ni sombong bagai tapi orang yang rapat dengan aku tau lah aku macam mana. Bukan sombong sebenarnya, tapi aku tak tahu nak cakap pasal apa. Nanti kang salah cakap, sentap sana sini. Kan ada pepatah mengatakan, diam itu lebih baik at some circumstances.

   Lepas tu aku masuk matrik. Dekat matriklah aku rasa aku dapat open up sikit dengan orang. Classmates best, roomates pun best. Dulu, aku malu tau nak buat something depan kawan macam menyanyi, joget etc. Tapi dekat matrik ni aku rasa aku dah tak malu nak zahirkan aku punya perasaan. Dulu aku selalu fikir kalau aku cakap macam ni, mesti orang tu fikir aku macam ni. Mesti orang tu tak suka aku cakap macam ni. Sebenarnya confident level aku kurang. Bila  ingat balik kenapalah aku jadi cenggitu padahal zaman sekolah sepatutnya diisi dengan kenangan indah bersama kawan-kawan. Huhu.

   Sekarang, bila da up satu level lagi jadi university student di _ _ _ _  _ _ _ _ _ _ - Sila isikan tempat kosong - , aku rasa aku kena buang sikap malu tak bertempat. Kat sini, kawan-kawan sangatlah penting. Ye la, semua benda mestilah nak buat dengan kawan kan takkanlah nak buat sorang-sorang. Assignment kumpulan, pembentangan, study dan etc semua perlukan kawan-kawan. Masa ni la kumpul pengalaman yang berharga. Manusia ini kan pelbagai, so banyaklah ragamnya dan perangainya. Yang penting, hargai dan hormati sikap dan pendirian masing-masing. Contoh haritu, lecterurer aku cakap, dalam bilik mesti ada yang tak tahan sejuk dan ada yang tak tahan panas. Sorang pergi kuatkan kipas sorang lagi nak slowkan.. So, macam mana nak settlekan? Kena pandai la bertolak-ansur dan saling memahami. Sebab kita kena ingat yang kita tak boleh hidup sorang-sorang macam kera sumbang.

   Ha, kalau ada kawan mesti la sometimes ada masalah yang berlaku. Tapi, pandai-pandailah selesaikan tak nak la bermasam muka sampai sudah terutama dengan classmates or coursemates kita. Ye la, kawan tu akan stay sampai la habis pengajian kita yang bertahun-tahun tu. Takkan la sepanjang masa tu tak nak bertegur sapa kan? At least senyum kat kawan tu walaupun rasa nak marah. Senyum tu kan sedekah. Bukan kita rugi apa-apa pun kan? Tapi aku selalu juga rasa self-esteemed aku menurun bila kita senyum, tapi orang tu buat tak tahu je. Sebab tu lah aku payah nak senyum. Padahal kalau nak ikutkan kita tetap dapat pahala  walaupun orang tu tak balas senyuman kita. Sebab Allah tengok usaha kita, bukan natijahnya. 

   Apa-apa pun, aku nak berterima kasih kepada kawan-kawan yang hadir dalam hidup aku. Walaupun jarang bercakap, masing-masing buat hal sendiri, tapi tak pelah asal kau dan aku saling kenal satu sama lain walaupun kenal luaran je. Nanti bila orang lain tanya, "Kau kenal ke dengan si A tu?" bolehlah kita jawab "Ha, aku kenal. Sekelas dengan aku, tapi dia pendiam sikit. Tak banyak bergaul dengan orang". At least walaupun dia senyap macam tu, kau kenal lah jugak dia kan sebab dia classmate kau. Jangan sampai nama pun tak tahu. Huhu, 

   Sekian sahaja daripada Cik Kiah.
#Terima kasih kerana sudi membaca biarpun hakikat sebenar tak ada orang baca pun.