Wednesday 16 August 2017

IF YOU ARE COOL ENOUGH, DRINK COOLBLOG !

Assalamualaikum dan hai semua...

Hari ni nak share sikit pasal minuman favourite aku.

Aku rasa semua orang dah tahu kot ape dia. Sebut je minuman COOLBLOG, semua orang pasti terbayang keenakan dan rasa sejuk yang mengalir di tekak kan kan? Kalau korang bukan penggemar minuman sejuk pun, korang boleh dapatkan HOT BLOG. Antara pilihan yang ada ialah CAPPUCCINO, LATTE, MOCHA ( My favourite since I like both chocolate and Coffee) , TEH TARIK & CHOCOLATE. Kalau OREO BLOG pulak, aku suka original flavour tambah topping Black Pearl. Perghhh, memang tak ingat dunia duk sedut je air bagi perabih. ^.^.

Dekat mana biasanya aku beli COOLBLOG ini? Di Mydin dan Giant Kuala Terengganu. Kalau korang nak tahu kawasan korang kat mana COOLBLOG ini ada, boleh tengok sini.



Coolblog Mydin Kuala Terengganu




Gigih selfie dengan produk Coolblog yang terbaru masa tu. Tak ingat dah bila sebab dah selalu sangat beli Coolblog. Kadang tak sempat snap gambar pun, gelojoh punye pasal nak minum. Setiap kali Coolblog keluarkan produk baru, mesti bergegas pergi ke outlet Coolblog untuk try. Lepas ini kena cuba OREO SMOOTHIES SERIES pulak produk terbaru Coolblog.


OREO SMOOTHIES SERIES. Rugi siapa tak cuba.



Gambar ini pulak masa try join contest COOLBLOG tapi tak bernasib baik pulak. Apa pun, I'm glad that I joined the contest because I love contest. :)



Mari baca visi dan misi COOLBLOG pulak ( I summarize je okay)

Dalam masa 3 tahun, Coolblog dah berjaya merealisasikan pelan untuk membuka lebih kurang 150 cawangan di Singapore dan Malaysia. Visi ni tercapai pada tahun 2011. Hebat kan pelan diorang berjaya buka begitu banyak cawangan dalam masa 3 tahun je. Siapa-siapa yang berbisnes tu bolehlah ambil inspirasi dari COOLBLOG. Selain itu, visi Coolblog adalah untuk mempunyai 400 cawangan dalam masa 2 tahun dan menjadi peneraju dan cawangan berantai terbesar yang pakar dalam produk ice blended dan tea taste beverage. 
Misi COOLBLOG pula adalah untuk memberikan kualiti minuman dan pencuci mulut yang terbaik dalam masa yang efisien.



 APA PENCAPAIAN COOLBLOG?



2008
  • 1st outlet opened at Sutera Mall, Johor, Malaysia
     2009
  • 1st licencee outlet opened in Batu Pahat Mall, Johor
  • 1st corporate outlet opened in Klang Valley (Giant Shah Alam)
  • 2nd Coolblog warehouse was set up at Puchong Selangor
     2010
  • Coolblog products certified by Jakim as 100% Halal products
  • 1st outlet opened at Kelantan, East Coast
     2011
  • First Coolblog Vision met (150 total numbers of outlet)
  • 1st shoplot concept outlet opened at Taman Sri Andalas, Klang Valley
     2012
  • Coolblog started the ‘Rebranding process’ in order to position itself as the leading ice blended products in the F&B industry.
  • Heliza Helmi appointed as the 1st Coolblog Ambassador
  • Awarded 2012 100th Outstanding SME by Golden Bull
  • Awarded SME Rising Star 2012 by SME Corp.
  • Awarded Best Booth for HALFEST 2012 (Halal Festival, PWTC)
     2013
  • The total number of Coolblog outlets break 300
  • Awarded SME Brand Excellence 2013
  • Awarded Best Pavillion for HALFEST 2013 (Halal Festival, MIECC)
     2014
  • Coolblog new vision - “The Coolest blog from Malaysia to Asia & Beyond”
  • 1st overseas outlet opened in Surabaya, Indonesia
  • Awarded Best Special Design Booth from FIM (Franchise International Malaysia in June 2014
  • Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas), a private equity firm that was established by Malaysia Government has invested in Coolblog on 24 July 2014
  • Coolblog joined the Food & Beverage portfolio under Integrated Food Group Sdn Bhd (IFG) which already owns Burger King Malaysia and Singapore, San Francisco Coffee, Tony Roma’s, Manhattan Fish Market and Popeyes.
     2015
  • Awarded EY Women Entrepreneur Of The Year 2015 Malaysia
     2016
  • Awarded Best Special Booth Design from FIM (Franchise International Malaysia) in May 2016
Moving forward, Coolblog broad plan is to aggressively expand our business by making Coolblog the market leader and grow the brand’s presence in Malaysia and oversea market.

Hebat kan pencapaian COOLBLOG? Memang terinspirasi betul. So, korang ape tunggu lagi jom ke cawangan COOLBLOG terdekat untuk mendapatkan minuman yang korang PASTI suka. :)




Saturday 12 August 2017

JOM REBUT DISKAUN PTPTN 2017

Assalamualaikum dan hai semua.

Hari ni aku nak share something kepada peminjam-peminjam PTPTN. Bajet 2017 membolehkan peminjam-peminjam PTPTN layak mendapatkan diskaun sebanyak 15% atau 10 %. Banyak tuu diskaun. Entri ni untuk peminjam PTPTN je eh kalau korang bukan peminjam  PTPTN tapi ade sedara mara atau kawan-kawan boleh bagitau diorang sebelum end of Disember 2017.

Macam mana nak dapat diskaun tu?



1) 15% Diskaun
Diskaun ni akan diberi sekiranya korang bayar semua baki pinjaman korang.  Ni sekiranya korang memang ada duit cash la.  Takpun korang boleh juga guna Akaun II KWSP untuk selesaikan pinjaman PTPTN tu bagi yang dah bekerja.  Caranya terus ke pejabat ptptn.  Diorang akan tolong apply.  Tapi pastikan ada i akaun kwsp dulu.  Lepas ptptn tolong apply,  kwsp akan sms atau mesej melalui i akaun utk datang pejabat kwsp bagi pengesahan cap jari.  Lepas tu tunggu la beberapa hari utk approval dan amaun tu masuk ke dlm penyata 
ptptn.



2) 10% Diskaun
Diskaun 10% ni pulak ada dua cara korang boleh dapat. Pilih salah satu ya.  Cara pertama korang bayar balik separuh daripada pinjaman korang tu.  Lets say baki pinjaman korang rm6k so korang kena bayar rm3k untuk layak dapat diskaun ni. Ini bermakna korang layak dapat diskaun sebanyak rm600. Mungkin lepas tu diskaun rm600 tu ditolak dari baki pinjaman korang lepas dah bayar.  Cara kedua pula ialah korang daftar direct debit iaitu duit korang akan ditolak tiap-tiap bulan dari akaun bank yang korang daftar tu.  



Langkah - langkah untuk melakukan transaksi melalui Direct Debit Online PTPTN adalah seperti berikut :

  1. Mempunyai Akaun Semasa / SImpanan daripada bank-bank yang dinyatakan dan berdaftar untuk perkhidmyan perbankan elektronik.
  2. Mempunyai akaun Pinjaman (Bayaran Balik Pinjaman) / Simpanan (Deposit SSPN-i) di PTPTN.
  3. Untuk bayaran balik pinjaman, anda dikehendaki mengetahui jenis akaun pinjaman anda sama ada akaun pinjaman Islamik (Ujrah) atau akaun pinjaman Konvesional.
  4. Klik Mohon Direct Debit Pinjaman untuk semak jenis akaun pinjaamn dan buat bayaran balik.
  5. Klik Mohon Direct Debit SSPN-i untuk semak baki simpanan dan penambahan deposit.
  6. Transaksi yang berjaya akan dikemaskini di penyata pinajamn / simpanan dalam masa 3 hari bekerja.
  7. Sebarang pertanyaan atau aduan boleh dikemukakan pada Pusat Khidmat Pelanggan PTPTN

Yang penting apa-apa pertanyaan atau kekeliruan mengenai pinjaman PTPTN, korang hendaklah terus berhubung dengan pihak PTPTN sendiri. Sekarang, PTPTN dah menggunakan #bolehbincang di mana korang boleh terus whatsapp pegawai PTPTN untuk meleraikan kekusutan korang. Kira lebih mesra pelanggan la. 


TESTIMONI PEMINJAM PTPTN YANG DAH BERJAYA DAPATKAN DISKAUN 15%


Aku lah salah seorangnya. Muehehe.


Ceritanya begini aku dah tahu lama dah pasal diskaun tu tapi sebab baru je habis belajar sebulan dua dan tak kerja pun lagi so mana aku nak cekau duit nak bayar pinjaman PTPTN ni. Tup-tup kakak aku hantar link Rebut Tawaran Diskaun PTPTN ni melalui whatsapp. So aku dengan nada berguraunya cakap lah kat akak aku bagi lah pinjam duit dalam rm3k untuk aku dapatkan diskaun 10% tu. Kakak aku balas tengah kerja bincang kat rumah. Then, dia kata baik selesaikan je baki hutang tu semua sebab boleh dapat diskaun 15% tu. I was like omgg baiknye hati you nak bagi pinjam duit. Tak sangka pulak. Hehe. Thank you, sisturr nanti I dah kerja I pay you back okay.πŸ’“


Bawah ni menunjukkan statement PTPTN aku menunjukkan jumlah keseluruhan hutang sehingga Ogos 2017 ialah RM 6 444.97. Jumlah yang perlu dibayar selepas diskaun 15% adalah RM 5 478.22. Ini bermakna aku berjaya mendapatkan diskaun sebanyak RM 966.75. Disebabkan aku malas nak fikir sakit kepala pasal kena bayar hutang PTPTN plus interest start bulan depan dengan keadaan aku tak bekerja (no income) maka aku segera bergegas ke kaunter PTPTN untuk bayar bulan ni jugak untuk mengelakkan interest. Kalau aku bayar full pun tapi bulan depan mungkin dah bertambah dah hutang PTPTN aku disebabkan oleh interest tu. Sebab tu kalau korang dah habis belajar, 6 bulan lepas habis belajar ya bukan 6 bulan lepas konvo korang kena start kisahkan pinjaman PTPTN yang korang dah buat sebab 6 bulan selepas tu korang dah kena bayar dan bermulalah interest tu 1% every year. Berdasarkan pengalaman aku yang cetek berurusan dengan PTPTN ni, korang yang kena pergi tanya atau call PTPTN sebab depa takkan bagi surat atau beritahu bila korang kena start bayar. Nanti sedar-sedar hutang dah bertimbun dan korang kena disenaraihitamkan oleh CCRIS. So wajib ada kesedaran dalam diri para graduan yang menjadi peminjam PTPTN. Aku tanya haritu macam mana nak tahu interest aku start dan berapa sepatutnya aku bayar since aku pinjam untuk 2 semester je, pegawai tu cakap nanti dia akan kira ikut baki terakhir pinjaman tu so aku kena call dia lagi sekali untuk confirmkan hal ni sebab dia kata tak ada surat yang akan sampai ke tangan kita yang mengatakan dah start interest dan berapa jumlah yang wajib dibayar.
Okay, so kalau korang nak bayar full guna cara aku ni, korang kira siap-siap berapa jumlah yang korang patut bayar selepas diskaun 15% tu. Prepare duit berdasarkan jumlah tu. Kalau rasa bahaya bawak duit cash pergi kaunter PTPTN dan bayar, korang boleh transfer jugak melalui online dan harus serahkan resit kepada pegawai PTPTN untuk pengesahan. Cara transfer online tu aku tak pasti sangat since aku bayar kat kaunter, so korang bolehlah berhubung dengan pegawai PTPTN sendiri tanya.
Ni surat pengesahan bayaran yang pegawai PTPTN hantar melalui email selepas kita bayar. Selepas sebulan akan keluar surat penyelesaian hutang. Buat sementara ni, kalau check kat laman web PTPTN akan still ada baki pinjaman kita. Tunggulah sebulan In shaa Allah hutang PTPTN korang dah langsai. Yeayyy. Joget sikitπŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ

Kalau korang ada soalan ke boleh drop kat comment, kalau aku tahu aku jawab okay. So ape lagi jom dapatkan diskaun pinjaman PTPTN. 

Till next time, XOXOXO.

Friday 11 August 2017

YOU NEVER KNEW

You never knew I liked you, because I had no idea how you felt about me. I refused to reveal my feelings when I wasn’t sure if you would return them. Instead, I tried to dissect your every move, your every text, to figure out if you liked me, too. But when I came up with nothing, I gave you nothing.

You never knew I liked you, because I’m terrified of getting hurt. Every time I found myself getting close to you, I drew myself back, because I was afraid of what would happen. I don’t know if I was more terrified of getting rejected by you or of starting a real relationship with you, but it doesn’t matter. Not anymore.

You never knew I liked you, because my idea of flirting is so subtle and delicate that you mistook it for friendliness. Whenever I threw you a cute little smile or found the bravery to message you first, you thought I was just being nice. You never realized I wanted something more than camaraderie. So much more.

You never knew I liked you, because I tried to convince myself that I didn’t like you. To push back my feelings. To destroy them. I denied how I felt about you until you became nothing but spec in the back of my mind.

You never knew I liked you, because instead of calling you up to tell you how I felt, I complained to my friends about how stupid you were or wrote poetry in my journal or just listened to music with lyrics that reminded me of you. But I never considered letting you in on how I felt. Not once.

You never knew I liked you, because I enjoyed our silly “back and forth” conversations. Our banter. Our teasing. I didn’t want to ruin what we already had, even if it meant losing out on something that could’ve been better.

You never knew I liked you, because I knew how many other people liked you. That I didn’t stand a chance. So instead of trying to win you over, I gave up before even entering the race. I left room for someone else to slip into your life, because I’d rather lose by surrender than by defeat.

You never knew I liked you, because you were too blind to really see me. Even if I would’ve confessed my attraction to you, you wouldn’t have jumped at the chance to be with me. Or maybe you would’ve. Maybe I read you completely wrong and it’s my fault we’re not together.

But that’s the thing, we’re not together. I don’t know if we ever will be, so I’m going to learn to live without you. I have to, because even if it killed me to be apart from you, you’d never know.

- Thought Catalog -

Thursday 10 August 2017

REVIEW | THE DOLL 2

Assalamualaikum dan hai semuaa...

Hari tu,  aku dan kawan2 aku bereunion.
Tak tahu nak buat apa so decide nak tengok movie. Duk pikiaq nak tengok movie apa last-last kawan aku kata jom tengok cite hantu lame tak tengok.  Hahaha. So pilih la The Doll 2 sebab Anabelle tak keluar lagi masa tu  Mula2 ingatkan The Doll 2 ni citer omputih rupenye indonesia. Lambat masuk sebab solat dulu masuk-masuk eh pehal citer indonesia pulak ni?  Salah hall ke? Takkan salah pulak masuk laa jugak
So dah duduk tuu rupenye dah start cite The Doll 2 dah habes iklan dah huhu anak die dah mati.  Kalau korang tak tau sinopsis The Doll 2 meh aku tempek dulu sinopsisnye ye.

SINOPSIS THE DOLL 2 :


Maira dan Aldo hidup berbahagia dengan Kayla, anak mereka yang masih kecil dan juga Yani, pembantu mereka. Sebuah kecelakaan tragis merenggut nyawa Kayla dan membuat kebahagian mereka hilang.

Tetapi 6 bulan kemudian, tepat di hari ulang tahun Kayla berikutnya, Maira mulai merasakan bahwa ia tidak sendirian. Maira merasa bahwa Kayla masih belum benar-benar pergi.

Atas saran Elsa, sahabatnya, Maira mencoba untuk berkomunikasi kepada Kayla dengan mengunakan medium boneka Sabrina, boneka kesayangan Kayla. Sejak itu Maira mulai merasa terganggu dan meyakini bahwa Kayla yang mengganggunya. Aldo tidak percaya padanya. Tapi Maira yakin Kayla sekarang berada dalam boneka Sabrina dan ia ingin menyampaikan sesuatu kepada Maira.

Pelakon : 

1) Herjunot Ali sebagai Aldo 
2) Luna Maya sebagai Maira
3) Ira Ilva Sari sebagai Yani 
4) Maria Sabta sebagai Elsa
etc...

Sebenarnya aku tak kenal pun pelakon-pelakon The Doll 2 kecuali Luna Maya. Hahaha. Okay jugak la filem ni sebab menjadi scene die macam omputih jugak. Ade ritual panggil roh yang dah mati pastu brutal gile scene brutal ni memang menjadi i tell you. Tapi yang herannye dah cucuk ngan pisau banyak kali still tak mati wehh. Ade sorang tu mate die dah tercabut tapi boleh jalan lagi gile kentang.Tulang belakang patah pun hidup lagi wehh. Hahaha. Kalau korang yang jenis tak boleh tengok citer brutal-brutal macam ni disarankan tak payah tengok lah ye. Takut sakit jantung lak kan. Macam aku ni. Aku suka citer hantu tapi aku tak suka scene brutal yang sembelih cucuk orang ngan pisau semua tu. I cannot la. Seriauu rasa even jobcsope aku nanti involved darah-darah semua. 

Aku bagi spoil la sikit cite The Doll 2 ni selebihnya korang tengok sendiri okay. Aldo suaminya Maira sebenarnya sayang giler dekat Maira tapi Maira ni jenis depressed tak dapat anak lagi even dah bertahun kahwin. Bile dah dapat Kayla, Kayla pulak mati. Lagi lah depressed tambah-tambah anak sorang tu je. So Aldo ni terabai la. Kurang kasih-sayang dari Maira since die tak dapat anak lagi. Aldo decided bawak Maira pergi psychiatrist. Psychiatrist tu cakap Maira depressed je dan khayalan die je nampak plus dengar suara Kayla tu. Dia sarankan Aldo spend banyak masa dengan Maira bawak pergi bercuti semua tapi still Maira nampak lagi Kayla even bercuti jauh dari rumah. Sebenarnya Kayla try nak communicate dengan Maira melalui anak patung nama Sabrina tu. Tapi aku heran la macam mana lah seorang mak sanggup bagi anak patung yang hodoh macam Sabrina tu dekat anak die? Takda anak patung comel sikit ke nak bagi kat anak pun?πŸ’­ End up Aldo curang dengan bibik sendiri. Sampai sini je okay spoilernye. Haha

Overall, aku bagi filem The Doll 2 ni 4 bintang out of 5. Kalau korang tak tengok lagi, boleh pergi pawagam yang terdekat. Make sure umur korang dah lepas 18 tahun laa sebab cite ni rate die p18. Kitorang pun haritu orang kaunter tu duk tanya dah cukup umur ke nak tengok citer ni? Haha. Ape? Ingat kitorang budak sekolah lagi ke?πŸ˜•

Okaylah, tu je Review The Doll 2. Till next time aku review lagi filem yang aku tengok. XOXOXO
Hodoh kan anak patung ni? Jangan biar die menghantui korang sudahh. Hahaha

Wednesday 9 August 2017

Tempat Menarik di Kuala Terengganu

Assalamualaikum dan hai semua...


Tajuk post kali ni adalah Tempat Menarik di Kuala Terengganu. Banyak kali kawan-kawan dari luar tanya kalau datang terengganu nak pergi mana. Haha. Kadang-kadang aku pun tak tahu sebab bagi aku, terengganu tak banyak tempat nak pergi. Kalau pulau atau pantai tu banyak lah.



Disebabkan negeri aku ni banyak pantai, so posting ni akan lebih merujuk kepada pantai lah ye. Pulau aku tak pernah pergi (orang terengganu pun tak pernah pergi). Sobsx3



1) Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu.


        Ini pantai yang paling dekat dengan rumah aku. Dalam 5 minit je dah sampai. Masa kecik-kecik selalu picnic kat tepi pantai. Jalan kaki dari rumah dengan 2 atau 3 buah keluarga jiran. Aktiviti mandi laut tu adalah aktiviti wajib. Syok ooo mandi laut pastu tertelan air masin.

        Dah lama sebenarnya tak pergi pantai ni. Dah cantik sekarang. Nampak tak belakang aku tu ada buaian. Kat sini ada 3 buaian. Kalau pergi time weekend tu jenuhlah tunggu turn nak ambil gambar sebab ada sesetengah orang tu dah tau orang tengah tunggu turn boleh pulak duduk lama-lama atas buaian tu. Huhu.

        Ada jugak orang jual layang-layang kat situ kot lah korang nak main ke kat situ kan angin kan kuat kat situ main lah layang-layang korang puas hati. Ada jugak sewa tayar buat pelampung kot kat situ, Kat sini cantiklah kalau korang nak photoshoot ke ape ke kat sini. Huhu.

        Nak pergi ke pantai ni dari jambatan Kuala Ibai tu korang pergi straight jumpa Masjid Sultan Ismail masuk simpang kiri pergi straight sampai jumpa Sekolah Rendah Chendering tu. Masuk jalan kecik kat situ dan jumpalah pantai tu. Kalau tak tahu sangat waze je, confirm jumpa. ✌





2) Lagun Kuala Ibai

        Tempat ni pun hotspot jugak time weekend. Memang ramai orang. Ada jual-jual sekeliling tu dan aku tengok ada jugak orang mandi kat tepi-tepi tu.





        Ni aku ambik gambar berlatar belakangkan masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapungg. Ramai sangat orang belah sana so malas nak pergi belah sana. Huhu.

        Tempat ni pun sesuai untuk picnic tambah-tambah lagi kalau ada anak kecil. Sebab ada taman permainan kat situ. Boleh la budak-budak main sambil mak bapak budak dating. Hehe



3) Pantai Batu Burok

        Pantai ni pun famous jugak. Dekat dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah, A&W, KFC dan Pusat Aquatik. Kat sini selalu je ada event macam-macam lebih kepada jual-jual la. Macam gambar kat bawah ni. 
Aku tak tahu lah event ape. Mai sini dah ade pasang khemah bagai tapi tak tau nama event. Huhu



Acah-acah Darth Vader tak? Kih3

Tempat ni sesuai jugak untuk korang yang suka bergambar tu.
Cantik tempatnya maklumlah kawasan pantai. ^.^

If ada anak tu boleh bawak ke sini. Ada taman permainan. Mak bapak kena monitor la sambil-sambil sembang tu ye kang kena bawak lari anak tu nangis tak berlagu pulak.πŸ˜“


Ni laluan nak gi ke Pantai Batu Burok tu. Trek jogging. Ramai orang jog kat sini pagi petang. Nanti kita buat entry lain pulak ye😍


4) Terengganu Equestrian Resort


        Kat sini biasanya aku pergi main bowling je. Tapi ada je benda lain sebab tempat ni provided with sport facilities seperti horse riding, swimming pool, badminton, table tennis, squash, netball. Gymnasium pun ado. Tempat ni pun lawa untuk photoshoot sebab dia ada macam padang gitu maybe untuk horse riding kot. Aku tengok kengkawan post gambar cantik-cantik tapi tak pernah ambik gambar kat situ pun. Lulz. Kalau nak buat majlis kahwinπŸ‘« kat sini pun boleh. Die ada hall. Haritu sepupu aku buat kat sini ler. Akad nikah kat Masjid Tengku Tengah Zaharah. Dekat sangat dengan TER ni. Senang sekali harung je. Nak info lebih lanjut boleh google yeπŸ˜›
Ni gambar main bowling hari tu dengan adik-adik. Biar masuk longkang je pun. Kekeke


5) Pantai Teluk Ketapang / Pantai Airport

        Pantai ni jauh sikit dari rumah aku. Jarang pergi sana kecuali kalau gathering dengan kawan-kawan atau sepupu. Haritu buat reunion universiti pastu hajatnye nak makan Ikan Celup Tepung (ICT) Warung Pok Nong yang famous tu. Pergi kat sana dalam pukul 4 petang, masya Allah ramainya orang beratur. Tak sanggup eden nak beratur macam tu sekali. Lepas tu kawan pun ajak la pergi pantai airport ni. Bukan Pok Nong tapi ICT Haji Pok Long. Sedap jugak kat sini harga pun boleh tahan. Sepinggan sotong macam dalam gambar tu RM10, udang RM6 dan ikan ikut saiz dan jenis. Gambar kat pantai ni tak banyak sebab jarang pergi, Nanti kalau aku pergi lagi, aku ambik gambar scenery banyak-banyak okay ?




6) Kampung Cina

Tempat ni sesuai untuk photoshoot sambil korang ambik angin kat kawasan sekitar situ. Dekat dengan Pasar Payang jugak jalan kaki je boleh. Ramai tourist datang sini. Aku pun first time ambik gambar kat sini sebab bawak kawan-kawan luar datang nak pergi sini sebab terpengaruh dengan post kat fb pasal Kampung Cina ni. Banyak je port gambar cantik tapi tak semua la gambar aku upload. Dekat facebook banyak dah orang upload gambar cecantik. 😏

Banyak deretan kedai jugak. Kawan aku borong beli kain pasang kat sini sebab die kate murah. Aku tak beli pun tengok je muehehe.

Kalau sapa-sapa yang ada skill photography tu mesti lawa ambik gambar kat siniπŸ’“ 


Tu je kot tempat yang menarik di Kuala Terengganu yang aku tau. Kalau ada penambahan aku update lain okay. Kalau korang tahu tempat lain lagi, boleh lah drop komen kat bawah okay ?. Really-really appreciate it. XOXOXO 


Tuesday 8 August 2017

What I do while waiting for a posting?

Assalamualaikum and hi all.

        As I promise to write more and post about what I do as a home baker so here is the posting. Hehe πŸ˜‹

        So, I did some thinking what to do while waiting for my posting before I ended my college life. I tried to be a dropshipper but to no avail. I don't know where it goes wrong but maybe I don't have enough marketing skills to survive. Now, I have completely stop being a dropshipper because I have been kicked out from the group. The reason is because I made no sale for 3 months. Sobsx3😭😭😭

        Then, I tried making chocolate moist cake and cheesekut and sold it to my siblings' friends. So I made a little profit from them and started to go serious about selling the cakes when my cousin told me to put them at koperasi as she is working as clerk there. Alhamdulillah, the business is growing eventhough a bit slow.


Cheesekut and Chocolate Moist Cake that I made myself. ^.^

        Secondly, I am thinking to be a babysitter as I can do it at my home. In shaa Allah, starting next year I will be a babysitter. Yeayyy. Actually now I have become a part-time babysitter while helping my mom. Hehe
So here I am, babysitting while counting for budgets. ^.^


        I tried searching online what can I do to make money from home but as far as I have search, it's all a scam. When I find a true one, I will update about it okay?

Till next time. XOXO

Saturday 5 August 2017

Tanam Anggur

Assalamualaikum and hi my diary.

It's been a while since I update my blog because I was busy finishing school. Hope this blog is not really dusty. Lol. 

Yeahhh, since I have finished my diploma, I got a plenty of time and I got bored waiting for a posting. It's just a month but I feel really bored doing nothing (nothing here means I am joblessπŸ˜‘).
Cannot imagine how my seniors spend their 1 year of waiting for posting. 

Anyhow maybe some may wonder why I don't work part time. It's just that I don't have transport to go to work. So I decide to be a home baker. I hope my business will run well. At least to pay my PTPTN loan. Next posting I will tell you guys what I did as a home baker. 😊

I did some plans how to support myself but don't know if it will work well. So, I need a lot of support and duas to make my plans work.πŸ’“

Okaylah. Till next time I will update my blog more. XOXO