Monday 24 March 2014

Seize the opportunity.

Assalamualaikum...

                Hari ini rasa nak selitkan pasal MH370 pulak. Bukan nak cerita pasal kronologi ke apa ke tapi lebih kepada kesan peristiwa tersebut kepada diri saya sendiri. Sebak rasanya bila baca mengenai PM Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pesawat MH370 hilang di lautan Hindi. Tapi, sedih macam mana pun kita, tak sesedih keluarga dan rakan-rakan yang mengenali penumpang-penumpang MH370. Bak kata pepatah “Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”. Lagi sedih bila ada yang boleh bergurau pasal perkara ni. Cuba bayangkan jadi family penumpang tersebut. Kita tak alami kita takkan rasa peritnya kehilangan tu. Hari ni mungkin hari diorang rasa kehilangan tu, mana tahu suatu hari nanti turn kita pulak.

                Dengan pengesahan mengenai kehilangan pesawat MH370 tersebut, saya (dah kenapa saya ni?) secara automatic teringat pasal mati. Sebelum ni, bila baca paper pasal kes kematian, hati taklah teringat sangat pasal mati. Tak ambil pengajaran. Sesungguhnya memang lah setiap yang hidup tu pasti kembali pada Allah s.w.t tapi saya ni sekejap je insaf pastu buat lagi perkara yang tak sepatutnya dibuat. Moga-moga kali ini kekal perasaan insaf tu dalam diri. Saya mula terfikir yang Allah dah banyak bagi peluang kepada setiap orang sebenarnya tapi dalam kes ni kepada diri saya untuk berubah ke arah yang lebih baik tapi tetap degil jugak. Hidayah tu Allah dah bagi tapi hati keras tetap tak nak berubah. Mungkin ego tinggi sangat. Astaghfirullah.

                Saya rasa mungkin ramai yang ada pegalaman dari sekolah rendah setiap kali kem motivasi semasa sekolah rendah, mesti ada tayangan video ibu bersalin tu.Ramai kawan mata merah, teresak-esak menangis dan saya hanyalah memandang tanpa menitiskan air mata.  Kerasnya hati tak tersentuh pun tengok video tu. Saya cuba nak nangis sebab malu saya je yang tak nangis tapi ia hanyalah satu kepura-puraaan. Video pasal mak ayah pun kerap ditayangkan sewaktu sekolah menengah, matrik dan even di universiti. Lelaki pun ada yang menangis teresak-esak tapi saya macam kebal sangat hati ni tak nangis pun dan terkebil-kebil seorang diri. Tapi, segalanya berubah sejak dua menjak ni. Alhamdulillah, rasa hati ni tak keras sangat bila dah rasa sebak dan hampir titiskan air mata bila baca pasal MH370. Mula flashback  balik kata-kata dari cikgu-cikgu yang mati itu pasti dan ianya bila-bila masa. Takut tak sempat bertaubat dengan dosa-dosa terpikul di bahu walaupun masih muda.


                Tapi alhamdulilah, hati ni dah jadi lembut sikit dan harap-harapnya istiqamah dalam perjalanan untuk berubah ke arah yang lebih baik. Teringat kata-kata pensyarah, lebih kurang macam ni bunyinya “Kalau hari ni kita try untuk khusyuk se rakaat dalam solat, next day or next week or next month or next year, kita try our best untuk khusyuk rakaat yang kedua pulak.”  Dia ada step by step perjalanan hidup kita ni. Dan saya ambik kata-kata tu sebagai contoh untuk berubah. Sebab tu lah tajuk post ni seize the opportunity. Maksudnya ambik peluang Allah bagi kita bernafas atas muka bumi ni untuk improve ourselves dan jadi orang yang boleh memberi manfaat kepada orang lain, Insha Allah. 

                   Lastly,

No comments:

Post a Comment