Tuesday 16 June 2015

Resepi simple Kek Batik

Peace be upon you, guys and hi.

Hari ni aku rasa nak share satu resepi mudah yang aku suka. Adik-adik aku pun suka. Actually, resepi ni aku google mula-mula tu tapi bila dah biasa buat, tak tengok pun resepi tu main buat je asalkan sedap. Hihi. Masa sekolah menengah dulu suka sangat beli kek batik ni harga 50 sen satu dekat kantin sekolah. Mak cik tu buat memang terbaik la wa cakap sama lu. Boleh dikatakan setiap hari aku beli kek batik mak cik tu. Pastu mak cik tu dah tak jual. Last-last buat sendiri sebab kempunan sangat.

                                                  Bahan-bahan yang diperlukan :

         

                                   
1. Sepeket biskut marie(tak kisah jenama apa pun)



2. Secawan milo. Kalau nak guna serbuk koko pun boleh.


3. 1/4 atau 1/3 butter. 

4. 1/4 tin susu pekat,


Cara menyediakan :
  1. Patah-patahkan biskut marie kepada 2 atau 4 bahagian.
  2. Panaskan butter di dalam periuk sehingga cair. Api sederhana.
  3. Masukkan susu dan milo kedalam periuk.
  4. Gaul sekali sehingga sebati.
  5. Tutup api dan biarkan seketika.
  6. Masukkan biskut marie tadi ke dalam periuk dan gaul rata.
  7. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang/bekas yang sudah dialas dengan plastik supaya senang nak keluarkan dan potong.
  8. Tekan dengan belakang sudu untuk padatkan kek batik tersebut.
  9. Simpan dalam peti sejuk at least 4 jam. Biasenya aku simpan dekat atas, tempat sejuk beku tu bagi cepat sikit keras. Hihi.
  10. Bila dah keras, boleh keluarkan dulu selama setengah jam untuk mudah potong.


Siap dan boleh dihidang.

p/s : Gambar-gambar adalah ehsan google kecuali gambar last tu. Tu gambar betul aku punya. 

Mari berdetox dengan Clenx Tea

                                                     Peace be upon you, guys.

Hari ni aku nak share satu benda. Actually more to tips on how to control pimples. Excited tak semua? Hihi. Sebab dulu aku banyak pimples ni sejak naik sekolah menengah. Before that, bersih je muka aku. Punyalah stress aku sebab pimples ni. Hilang confident aku nak bersosial dan berinteraksi dengan orang ramai. Rasa nak sorok-sorok je ini muka. Actually sampai sekarang pun tak solve lagi masalah pimples aku ni tapi berkurangan lah jugak berbanding dulu, I believe my hormones is quite weird compared to normal person causing my pimples to break out. *Ayat nak sedapkan hati.

Macam-macam cara aku buat nak hilangkan pimples ni tapi tak jalan jugak. Dari cara kampung sampai la cara moden tak jadi jugak. Contohnya aku asah kayu manis, pakai bedak sejuk, pakai krim jerawat, makan vitamin ape benda lah pimples nya tetap bersepah kat muka aku ni. 

Sampailah aku google terjumpa sebab kenapa pimples tu susah nak dihapuskan. Rupa-rupanya one of the reason is badan banyak toksin. Gunalah supplement apa pun, kalau badan banyak toksin tak jalan jugak. Membazir je beli supplement mahal-mahal. Sebab tu sebelum guna apa-apa, detoxkan badan tu dulu biar semua toksin degil tu keluar dari badan tu.

Google lagi aku jumpa pasal Clenx Tea. Ni ha rupanya.



Mula-mula aku minum dulu, agak cirit jugaklah. Terpaksa berulang kali pergi toilet. Toilet pun dah macam peneman setia aku. Biasanya aku makan selepas dinner so akan ke toilet tengah-tengah malam or pepagi buta tu. Dalam 2-3 kali kau membuang barulah lega. Yang bestnya, perut akan rasa kempis je. Takdelah buncit ke depan dan takde rasa se'eh. Dan aku punya pimples pun tak de la rancak sangat naik kat muka ni. Really recommended gak ah benda ni. Bila dah detoxkan badan tu, barulah ambik supplemen. Lagi berkesan effect die. Selamat mencuba. :)

p/s : Nak info lebih lanjut boleh rujuk sini ==> Official Clenx Tea Website.

Saturday 30 May 2015

AKU YANG SALAH


Saat kaki ku memijak lantai restoran segera itu,
Hatiku terdetik
Tidakkah kau rasa bersalah
Membeli sambil menyumbang kepada Israel Laknatullah
Ahh,
Persetankan
Hatiku menginginkannya
Sekali-sekala masakan tidak boleh
Perutku mendambakannya
Takkan luak kalau ku beli kali ini.

Begitulah syaitan berupaya menggodaku
Tak tertepis aku dengan pujukan rayunya
Padahal sering ku benci pabila melihat teman mengupload gambar makan benda itu
Meskipun bahannya halal dan disahkan lagi halal oleh JAKIM
Namun setiap sen itu ibarat sebutir peluru yang menembus ikanak-kanak tidak berdosa
Terus menghantarnya ke syurga
Setiap kunyahan ibarat mengunyah daging saudara sendiri.

Dan aku lupa Ya Allah
Aku lupa aku masih di dunia
Belum di syurgaMu
Aku lupa menunaikan tanggungjawab ku sebagai saudara seagama
Aku lupa sekurang-kurangnya aku tidak menjadi penyumbang kepada butir-butir peluru itu
Aku lupa Ya Allah.
Dan
Aku menyesal mengingatnya kembali
Aku menyesal membiarkannya menjadi darah dagingku
Aku menyesal aku tidak mampu berkata tidak kepada ajakan teman
Aku menyesal Ya Allah.

Moga
Hari ini hari terakhir aku menikmatinya
Moga
Aku tidak lupa rasa penyesalan ini
Moga aku tidak lupa keperitan kanak-kanak itu
Moga
Aku tidak menjadi asbab kanak-kanak itu kehilangan bapa dan ibunya
Moga
Aku tidak lupa Ya Allah.

Thursday 30 April 2015

Sahabat selamanya

Warkah ini untuk kamu
Ya, untuk kamu supaya kau tidak lagi bergantung pada harapan palsu
Bukan niatku untuk melukakan,
Namun, aku bimbang sekiranya aku akan melukakan mu lebih lagi dengan menerimamu
Dan andai dengan menerimamu akan menyebabkan persahabatan kita putus, aku lebih rela sendiri.

Bukan mudah untuk ku berpura-pura tidak tahu
Bukan mudah untuk ku melayan seperti biasa
Bukan mudah juga untuk ku menerima
Bukan mudah juga untuk ku menolak

Kerana hakikatnya aku lebih sayang pada ikatan persahabatan
Kerana hakikatnya aku mahu bersahabat selamanya
Kerana aku takut pada hubungan yang tidak ke mana
Kemudian sia-sia kita menanam benci dendam setelah membaja kasih

Harap kau mengerti wahai teman.
Harap kau mengerti pendirianku.
Harap kau menyayangi ku seadanya.

~ dari seorang teman kepada seorang teman.