Thursday 30 April 2015

Sahabat selamanya

Warkah ini untuk kamu
Ya, untuk kamu supaya kau tidak lagi bergantung pada harapan palsu
Bukan niatku untuk melukakan,
Namun, aku bimbang sekiranya aku akan melukakan mu lebih lagi dengan menerimamu
Dan andai dengan menerimamu akan menyebabkan persahabatan kita putus, aku lebih rela sendiri.

Bukan mudah untuk ku berpura-pura tidak tahu
Bukan mudah untuk ku melayan seperti biasa
Bukan mudah juga untuk ku menerima
Bukan mudah juga untuk ku menolak

Kerana hakikatnya aku lebih sayang pada ikatan persahabatan
Kerana hakikatnya aku mahu bersahabat selamanya
Kerana aku takut pada hubungan yang tidak ke mana
Kemudian sia-sia kita menanam benci dendam setelah membaja kasih

Harap kau mengerti wahai teman.
Harap kau mengerti pendirianku.
Harap kau menyayangi ku seadanya.

~ dari seorang teman kepada seorang teman.