Saturday 12 August 2017

JOM REBUT DISKAUN PTPTN 2017

Assalamualaikum dan hai semua.

Hari ni aku nak share something kepada peminjam-peminjam PTPTN. Bajet 2017 membolehkan peminjam-peminjam PTPTN layak mendapatkan diskaun sebanyak 15% atau 10 %. Banyak tuu diskaun. Entri ni untuk peminjam PTPTN je eh kalau korang bukan peminjam  PTPTN tapi ade sedara mara atau kawan-kawan boleh bagitau diorang sebelum end of Disember 2017.

Macam mana nak dapat diskaun tu?



1) 15% Diskaun
Diskaun ni akan diberi sekiranya korang bayar semua baki pinjaman korang.  Ni sekiranya korang memang ada duit cash la.  Takpun korang boleh juga guna Akaun II KWSP untuk selesaikan pinjaman PTPTN tu bagi yang dah bekerja.  Caranya terus ke pejabat ptptn.  Diorang akan tolong apply.  Tapi pastikan ada i akaun kwsp dulu.  Lepas ptptn tolong apply,  kwsp akan sms atau mesej melalui i akaun utk datang pejabat kwsp bagi pengesahan cap jari.  Lepas tu tunggu la beberapa hari utk approval dan amaun tu masuk ke dlm penyata 
ptptn.



2) 10% Diskaun
Diskaun 10% ni pulak ada dua cara korang boleh dapat. Pilih salah satu ya.  Cara pertama korang bayar balik separuh daripada pinjaman korang tu.  Lets say baki pinjaman korang rm6k so korang kena bayar rm3k untuk layak dapat diskaun ni. Ini bermakna korang layak dapat diskaun sebanyak rm600. Mungkin lepas tu diskaun rm600 tu ditolak dari baki pinjaman korang lepas dah bayar.  Cara kedua pula ialah korang daftar direct debit iaitu duit korang akan ditolak tiap-tiap bulan dari akaun bank yang korang daftar tu.  



Langkah - langkah untuk melakukan transaksi melalui Direct Debit Online PTPTN adalah seperti berikut :

  1. Mempunyai Akaun Semasa / SImpanan daripada bank-bank yang dinyatakan dan berdaftar untuk perkhidmyan perbankan elektronik.
  2. Mempunyai akaun Pinjaman (Bayaran Balik Pinjaman) / Simpanan (Deposit SSPN-i) di PTPTN.
  3. Untuk bayaran balik pinjaman, anda dikehendaki mengetahui jenis akaun pinjaman anda sama ada akaun pinjaman Islamik (Ujrah) atau akaun pinjaman Konvesional.
  4. Klik Mohon Direct Debit Pinjaman untuk semak jenis akaun pinjaamn dan buat bayaran balik.
  5. Klik Mohon Direct Debit SSPN-i untuk semak baki simpanan dan penambahan deposit.
  6. Transaksi yang berjaya akan dikemaskini di penyata pinajamn / simpanan dalam masa 3 hari bekerja.
  7. Sebarang pertanyaan atau aduan boleh dikemukakan pada Pusat Khidmat Pelanggan PTPTN

Yang penting apa-apa pertanyaan atau kekeliruan mengenai pinjaman PTPTN, korang hendaklah terus berhubung dengan pihak PTPTN sendiri. Sekarang, PTPTN dah menggunakan #bolehbincang di mana korang boleh terus whatsapp pegawai PTPTN untuk meleraikan kekusutan korang. Kira lebih mesra pelanggan la. 


TESTIMONI PEMINJAM PTPTN YANG DAH BERJAYA DAPATKAN DISKAUN 15%


Aku lah salah seorangnya. Muehehe.


Ceritanya begini aku dah tahu lama dah pasal diskaun tu tapi sebab baru je habis belajar sebulan dua dan tak kerja pun lagi so mana aku nak cekau duit nak bayar pinjaman PTPTN ni. Tup-tup kakak aku hantar link Rebut Tawaran Diskaun PTPTN ni melalui whatsapp. So aku dengan nada berguraunya cakap lah kat akak aku bagi lah pinjam duit dalam rm3k untuk aku dapatkan diskaun 10% tu. Kakak aku balas tengah kerja bincang kat rumah. Then, dia kata baik selesaikan je baki hutang tu semua sebab boleh dapat diskaun 15% tu. I was like omgg baiknye hati you nak bagi pinjam duit. Tak sangka pulak. Hehe. Thank you, sisturr nanti I dah kerja I pay you back okay.💓


Bawah ni menunjukkan statement PTPTN aku menunjukkan jumlah keseluruhan hutang sehingga Ogos 2017 ialah RM 6 444.97. Jumlah yang perlu dibayar selepas diskaun 15% adalah RM 5 478.22. Ini bermakna aku berjaya mendapatkan diskaun sebanyak RM 966.75. Disebabkan aku malas nak fikir sakit kepala pasal kena bayar hutang PTPTN plus interest start bulan depan dengan keadaan aku tak bekerja (no income) maka aku segera bergegas ke kaunter PTPTN untuk bayar bulan ni jugak untuk mengelakkan interest. Kalau aku bayar full pun tapi bulan depan mungkin dah bertambah dah hutang PTPTN aku disebabkan oleh interest tu. Sebab tu kalau korang dah habis belajar, 6 bulan lepas habis belajar ya bukan 6 bulan lepas konvo korang kena start kisahkan pinjaman PTPTN yang korang dah buat sebab 6 bulan selepas tu korang dah kena bayar dan bermulalah interest tu 1% every year. Berdasarkan pengalaman aku yang cetek berurusan dengan PTPTN ni, korang yang kena pergi tanya atau call PTPTN sebab depa takkan bagi surat atau beritahu bila korang kena start bayar. Nanti sedar-sedar hutang dah bertimbun dan korang kena disenaraihitamkan oleh CCRIS. So wajib ada kesedaran dalam diri para graduan yang menjadi peminjam PTPTN. Aku tanya haritu macam mana nak tahu interest aku start dan berapa sepatutnya aku bayar since aku pinjam untuk 2 semester je, pegawai tu cakap nanti dia akan kira ikut baki terakhir pinjaman tu so aku kena call dia lagi sekali untuk confirmkan hal ni sebab dia kata tak ada surat yang akan sampai ke tangan kita yang mengatakan dah start interest dan berapa jumlah yang wajib dibayar.
Okay, so kalau korang nak bayar full guna cara aku ni, korang kira siap-siap berapa jumlah yang korang patut bayar selepas diskaun 15% tu. Prepare duit berdasarkan jumlah tu. Kalau rasa bahaya bawak duit cash pergi kaunter PTPTN dan bayar, korang boleh transfer jugak melalui online dan harus serahkan resit kepada pegawai PTPTN untuk pengesahan. Cara transfer online tu aku tak pasti sangat since aku bayar kat kaunter, so korang bolehlah berhubung dengan pegawai PTPTN sendiri tanya.
Ni surat pengesahan bayaran yang pegawai PTPTN hantar melalui email selepas kita bayar. Selepas sebulan akan keluar surat penyelesaian hutang. Buat sementara ni, kalau check kat laman web PTPTN akan still ada baki pinjaman kita. Tunggulah sebulan In shaa Allah hutang PTPTN korang dah langsai. Yeayyy. Joget sikit💃💃💃

Kalau korang ada soalan ke boleh drop kat comment, kalau aku tahu aku jawab okay. So ape lagi jom dapatkan diskaun pinjaman PTPTN. 

Till next time, XOXOXO.

1 comment: