Sunday 9 September 2018

High school's love story

Hi. I have decided to post my novel here. Please show some supports by commenting below and I'll keep updating if there are people willing to read it. Tq. Xoxo

Bahagian 1 :

Ape rasa bila jumpe balik orang yang pernah meninggalkan tanda dalam hati kau?

Apa rasa bila orang yang tinggalkan kau datang balik dengan janji-janji manis yang baru?

Apa rasa orang yang kau sayang datang balik membawa anak hasil perkahwinan yang dulu?

Ini yang Lisa alami sekarang. Terpaku, terpana, mata tak berkelip memandang sekujur tubuh yang pernah dirindui.

Tapi bukan hanya seorang di depan matanya kini, tapi berdua dengan bayi kecil di tangan lelaki itu.

"Lisa, look. I am not begging you to accept me back but i am begging you to let my child get the love from a person as a mother. And the perfect person is you, Lis,"

Mudahnya berbicara. Hakikatnya, itu anak kau bukan anak aku. Ingin saja Lisa meluahkan kata-kata seperti itu tetapi tersekat di kerongkongnya.

"Lisa, please say something. I need to know how you feel right now," Faiz masih merayu.

Lisa hanya membisu. Pandangannya tidak beralih dari si kecil sejak tadi.

"How do you want me to react? You come all of sudden to me and you just want me to accept you and your child?"

Lisa merengus. Wajahnya dipalingkan dari si kecil.

Faiz melepaskan keluhan kecil.

"I am sorry. It was a mistake leaving you behind. I broke our promises but now I want to redeem it back," Faiz masih dengan kata-kata manisnya.

"No, I am sorry. I can't do that. Loving you before was my mistake, and I don't want to make it twice. And doubled. Now I am done with you and I am outta here,"

Lisa mengambil pursenya di atas meja dan melangkah pergi. Belum 10 langkah, tangisan si kecil kedengaran.

"No, Lisa. You don't have to sympathy with the little child. She is not your child, she is another woman's child," bisik hati Lisa.

Tangisan si kecil semakin kuat.

"No, don't go. Don't be fooled,"

Si kecil bertukar tangan. Dengan serta merta tangisan si kecil berhenti. Petunjuk apakah ini, ya Allah?

"Ada bawak susu baby tak?"

Faiz menghulur botol susu dari dalam beg yang dikendongnya. Dia menarik nafas lega melihat cara Lisa melayan anaknya.

Sambil menyusukan si kecil, Lisa menepuk-nepuk si kecil sehinggalah dia tertidur. Faiz tersenyum memerhati.

"Look, she can recognise whom she want as her mother,"

Lisa tidak membalas sebaliknya hanya merenung ke luar tingkap restoran itu.

"So, is it a yes from you to be my wife? To be Balqis's mother?" Faiz sudah tersengih membayangkan kemungkinan ini.

Setelah lama membisu, Lisa bersuara juga.

"It is a yes and a no,"

"What do you mean?"

"I will marry you but only for the sake of Balqis. There would be conditions with this marriage,"

Rahang Faiz sudah terasa mahu patah mendengar kata-kata Lisa.

******

"Kau dah gila ya, Lisa? How can you marry your ex just for the sake of his child? Dah putus fius ke kau ni?"

Suara Fina bergema dalam bilik itu. Lisa diam. Tidak bersuara. Malas nak bertekak.

"Come on, girl. You can have someone better. Zaim tu. He is waiting for you for almost 3 years now. Kalau kau bagi green light, dah lama die masuk meminang,"

Fina mula berleter. Geram dengan sahabat karib die sejak sekolah menengah itu. Tak terfikir dek akal die macam mana Lisa boleh terima Faiz semula. Siap dengan pakej anak sekali. Die tahu cerita cinta Lisa dan Faiz yang tak kesampaian itu. Lisa sudah menyimpan perasaan kepada Faiz sejak Tingkatan 3 lagi. Faiz yang ketika itu Tingkatan 5 memang menjadi pujaan ramai gadis ketika itu dek kerana ketampanan dan kepimpinan yang ditonjolkan. Dan dia juga tahu bagaimana peritnya seorang Lisa apabila menerima perkhabaran perkhahwinan Faiz dengan senior sekolah mereka juga.

No this is not happening. Not to my bestfriend. I have to stop it from happening.

"Lisa, please. Fikir masak-masak. Marriage is not a simple thing. It is a union between two families. Kau dah tanya parents kau ke? Kau tak ingat ke macam mana Faiz dengan keluarga kau?Kau nak jilat ludah kau balik ke?"

"Ya, Fina. Aku jilat ludah aku balik. Aku tak boleh tak terima dia, Fina. Aku tak boleh lupakan raut wajah Balqis, Fina. Aku tak boleh bayangkan budak tu membesar tanpa seorang ibu because I have been there. Please understand me. Aku ingat kau orang yang paling faham aku," Lisa genggam tangan Fina kuat-kuat. Fina tepis tangan Lisa.

"Aku faham dengan nilai empati kau yang tinggi tu. Tapi aku tak boleh biarkan kawan aku musnahkan masa depan dia sendiri. Aku sayang kau, Lisa," ujar Fina dengan harapan Lisa akan berubah fikiran.

"Kalau kau sayang aku, kau akan terima keputusan aku, Fina. Kau akan terima. Kau ingat kan betapa indahnya zaman persekolahan kita? Kau, aku, abang Faiz dan Shakir?" Lisa tersenyum dalam tangisan. Fikirannya melayang ke 10 tahun yang lepas

Andai aku diberikan waktu
Akan ku putarkan masa kembali
Biarpun mustahil diriku
Akan bersamamu...