Assalamualaikum...
Ini kali kedua aku terasa nak publish post.. Tetiba pulak nak tulis pasal kawan. Dulu masa kecik-kecik ramai je kawan sepermainan tak kira lah lelaki ke perempuan ke main masak-masak, panjat pokok bagai tu.Tapi bila dah besar ni segan pulak nak tegur. Masing-masing senyum je dari jauh. Bila dah masuk sekolah rendah dan menengah, skop kawan lebih meluas. Tapi aku jenis pemalu sikit dan susah nak open up dengan orang ni. Even dengan sepupu-sepapak payah nak berkomunikasi, nak bergurau senda macam orang lain. Seingat aku, masa sekolah rendah dulu aku ada sorang je bestfriend yang aku boleh cerita macam-macam dan hari-hari aku diceriakan dengan kehadiran dia. Tapi bila dah naik sekolah menengah, dia dah pindah sekolah lain dan jurang antara kami makin besar. Kat sekolah menengah pun, aku rasa aku tak ramai kawan jugak sebab jenis aku payah nak masuk ngan orang ni. Aku bukan jenis peramah yang boleh say hi dengan orang and then chit chat macam-macam. Kalau orang yang aku tak rapat akan cakap aku ni sombong bagai tapi orang yang rapat dengan aku tau lah aku macam mana. Bukan sombong sebenarnya, tapi aku tak tahu nak cakap pasal apa. Nanti kang salah cakap, sentap sana sini. Kan ada pepatah mengatakan, diam itu lebih baik at some circumstances.
Lepas tu aku masuk matrik. Dekat matriklah aku rasa aku dapat open up sikit dengan orang. Classmates best, roomates pun best. Dulu, aku malu tau nak buat something depan kawan macam menyanyi, joget etc. Tapi dekat matrik ni aku rasa aku dah tak malu nak zahirkan aku punya perasaan. Dulu aku selalu fikir kalau aku cakap macam ni, mesti orang tu fikir aku macam ni. Mesti orang tu tak suka aku cakap macam ni. Sebenarnya confident level aku kurang. Bila ingat balik kenapalah aku jadi cenggitu padahal zaman sekolah sepatutnya diisi dengan kenangan indah bersama kawan-kawan. Huhu.
Sekarang, bila da up satu level lagi jadi university student di _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ - Sila isikan tempat kosong - , aku rasa aku kena buang sikap malu tak bertempat. Kat sini, kawan-kawan sangatlah penting. Ye la, semua benda mestilah nak buat dengan kawan kan takkanlah nak buat sorang-sorang. Assignment kumpulan, pembentangan, study dan etc semua perlukan kawan-kawan. Masa ni la kumpul pengalaman yang berharga. Manusia ini kan pelbagai, so banyaklah ragamnya dan perangainya. Yang penting, hargai dan hormati sikap dan pendirian masing-masing. Contoh haritu, lecterurer aku cakap, dalam bilik mesti ada yang tak tahan sejuk dan ada yang tak tahan panas. Sorang pergi kuatkan kipas sorang lagi nak slowkan.. So, macam mana nak settlekan? Kena pandai la bertolak-ansur dan saling memahami. Sebab kita kena ingat yang kita tak boleh hidup sorang-sorang macam kera sumbang.
Ha, kalau ada kawan mesti la sometimes ada masalah yang berlaku. Tapi, pandai-pandailah selesaikan tak nak la bermasam muka sampai sudah terutama dengan classmates or coursemates kita. Ye la, kawan tu akan stay sampai la habis pengajian kita yang bertahun-tahun tu. Takkan la sepanjang masa tu tak nak bertegur sapa kan? At least senyum kat kawan tu walaupun rasa nak marah. Senyum tu kan sedekah. Bukan kita rugi apa-apa pun kan? Tapi aku selalu juga rasa self-esteemed aku menurun bila kita senyum, tapi orang tu buat tak tahu je. Sebab tu lah aku payah nak senyum. Padahal kalau nak ikutkan kita tetap dapat pahala walaupun orang tu tak balas senyuman kita. Sebab Allah tengok usaha kita, bukan natijahnya.
Apa-apa pun, aku nak berterima kasih kepada kawan-kawan yang hadir dalam hidup aku. Walaupun jarang bercakap, masing-masing buat hal sendiri, tapi tak pelah asal kau dan aku saling kenal satu sama lain walaupun kenal luaran je. Nanti bila orang lain tanya, "Kau kenal ke dengan si A tu?" bolehlah kita jawab "Ha, aku kenal. Sekelas dengan aku, tapi dia pendiam sikit. Tak banyak bergaul dengan orang". At least walaupun dia senyap macam tu, kau kenal lah jugak dia kan sebab dia classmate kau. Jangan sampai nama pun tak tahu. Huhu,
Sekian sahaja daripada Cik Kiah.
#Terima kasih kerana sudi membaca biarpun hakikat sebenar tak ada orang baca pun.
No comments:
Post a Comment