Tajuk post kali ni adalah Tempat Menarik di Kuala Terengganu. Banyak kali kawan-kawan dari luar tanya kalau datang terengganu nak pergi mana. Haha. Kadang-kadang aku pun tak tahu sebab bagi aku, terengganu tak banyak tempat nak pergi. Kalau pulau atau pantai tu banyak lah.
Disebabkan negeri aku ni banyak pantai, so posting ni akan lebih merujuk kepada pantai lah ye. Pulau aku tak pernah pergi (orang terengganu pun tak pernah pergi). Sobsx3
1) Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu.
Ini pantai yang paling dekat dengan rumah aku. Dalam 5 minit je dah sampai. Masa kecik-kecik selalu picnic kat tepi pantai. Jalan kaki dari rumah dengan 2 atau 3 buah keluarga jiran. Aktiviti mandi laut tu adalah aktiviti wajib. Syok ooo mandi laut pastu tertelan air masin.
Dah lama sebenarnya tak pergi pantai ni. Dah cantik sekarang. Nampak tak belakang aku tu ada buaian. Kat sini ada 3 buaian. Kalau pergi time weekend tu jenuhlah tunggu turn nak ambil gambar sebab ada sesetengah orang tu dah tau orang tengah tunggu turn boleh pulak duduk lama-lama atas buaian tu. Huhu.
Ada jugak orang jual layang-layang kat situ kot lah korang nak main ke kat situ kan angin kan kuat kat situ main lah layang-layang korang puas hati. Ada jugak sewa tayar buat pelampung kot kat situ, Kat sini cantiklah kalau korang nak photoshoot ke ape ke kat sini. Huhu.
Nak pergi ke pantai ni dari jambatan Kuala Ibai tu korang pergi straight jumpa Masjid Sultan Ismail masuk simpang kiri pergi straight sampai jumpa Sekolah Rendah Chendering tu. Masuk jalan kecik kat situ dan jumpalah pantai tu. Kalau tak tahu sangat waze je, confirm jumpa. ✌
2) Lagun Kuala Ibai
Tempat ni pun hotspot jugak time weekend. Memang ramai orang. Ada jual-jual sekeliling tu dan aku tengok ada jugak orang mandi kat tepi-tepi tu.
Ni aku ambik gambar berlatar belakangkan masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapungg. Ramai sangat orang belah sana so malas nak pergi belah sana. Huhu.
Tempat ni pun sesuai untuk picnic tambah-tambah lagi kalau ada anak kecil. Sebab ada taman permainan kat situ. Boleh la budak-budak main sambil mak bapak budak dating. Hehe
3) Pantai Batu Burok
Pantai ni pun famous jugak. Dekat dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah, A&W, KFC dan Pusat Aquatik. Kat sini selalu je ada event macam-macam lebih kepada jual-jual la. Macam gambar kat bawah ni.
Aku tak tahu lah event ape. Mai sini dah ade pasang khemah bagai tapi tak tau nama event. Huhu |
Acah-acah Darth Vader tak? Kih3 |
Tempat ni sesuai jugak untuk korang yang suka bergambar tu. Cantik tempatnya maklumlah kawasan pantai. ^.^ |
If ada anak tu boleh bawak ke sini. Ada taman permainan. Mak bapak kena monitor la sambil-sambil sembang tu ye kang kena bawak lari anak tu nangis tak berlagu pulak.๐ |
Ni laluan nak gi ke Pantai Batu Burok tu. Trek jogging. Ramai orang jog kat sini pagi petang. Nanti kita buat entry lain pulak ye๐ |
4) Terengganu Equestrian Resort
Kat sini biasanya aku pergi main bowling je. Tapi ada je benda lain sebab tempat ni provided with sport facilities seperti horse riding, swimming pool, badminton, table tennis, squash, netball. Gymnasium pun ado. Tempat ni pun lawa untuk photoshoot sebab dia ada macam padang gitu maybe untuk horse riding kot. Aku tengok kengkawan post gambar cantik-cantik tapi tak pernah ambik gambar kat situ pun. Lulz. Kalau nak buat majlis kahwin๐ซ kat sini pun boleh. Die ada hall. Haritu sepupu aku buat kat sini ler. Akad nikah kat Masjid Tengku Tengah Zaharah. Dekat sangat dengan TER ni. Senang sekali harung je. Nak info lebih lanjut boleh google ye๐
Ni gambar main bowling hari tu dengan adik-adik. Biar masuk longkang je pun. Kekeke
5) Pantai Teluk Ketapang / Pantai Airport
Pantai ni jauh sikit dari rumah aku. Jarang pergi sana kecuali kalau gathering dengan kawan-kawan atau sepupu. Haritu buat reunion universiti pastu hajatnye nak makan Ikan Celup Tepung (ICT) Warung Pok Nong yang famous tu. Pergi kat sana dalam pukul 4 petang, masya Allah ramainya orang beratur. Tak sanggup eden nak beratur macam tu sekali. Lepas tu kawan pun ajak la pergi pantai airport ni. Bukan Pok Nong tapi ICT Haji Pok Long. Sedap jugak kat sini harga pun boleh tahan. Sepinggan sotong macam dalam gambar tu RM10, udang RM6 dan ikan ikut saiz dan jenis. Gambar kat pantai ni tak banyak sebab jarang pergi, Nanti kalau aku pergi lagi, aku ambik gambar scenery banyak-banyak okay ?
6) Kampung Cina
Tempat ni sesuai untuk photoshoot sambil korang ambik angin kat kawasan sekitar situ. Dekat dengan Pasar Payang jugak jalan kaki je boleh. Ramai tourist datang sini. Aku pun first time ambik gambar kat sini sebab bawak kawan-kawan luar datang nak pergi sini sebab terpengaruh dengan post kat fb pasal Kampung Cina ni. Banyak je port gambar cantik tapi tak semua la gambar aku upload. Dekat facebook banyak dah orang upload gambar cecantik. ๐
Banyak deretan kedai jugak. Kawan aku borong beli kain pasang kat sini sebab die kate murah. Aku tak beli pun tengok je muehehe. |
Kalau sapa-sapa yang ada skill photography tu mesti lawa ambik gambar kat sini๐ |
Tu je kot tempat yang menarik di Kuala Terengganu yang aku tau. Kalau ada penambahan aku update lain okay. Kalau korang tahu tempat lain lagi, boleh lah drop komen kat bawah okay ?. Really-really appreciate it. XOXOXO
wahhh teringin nak pergi ke terengganu :D
ReplyDeletedone follow, happy blogging :)
Mai la terengganu sis. Boleh lepak tepi pantau. Hehe.
DeleteTq follow kite ๐